Monday, May 10, 2010

Lapan Hak Pengguna

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak atau layak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia yang semakin moden. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian yang sebaiknya, perumahan yang selesa, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya. Ini bermakna, seseorang pengguna berhak mendapatkan kepada air yang bersih dan pendidikan yang selayaknya.

2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna. Atau kata lain, pengguna berhak mendapat perlindungan yang selamat ketika menggunakan barangan atau perkhidmatan daripada sesuatu atau perkara-perkara yang membahayakan mereka. Contohnya, barangan dan perkhidmatan yang mengancam kesihatan dan makanan yang dapat memudaratkan kesihatan pengguna.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4. Hak untuk membuat pilihan
Pengguna akan dipastikan mendapat maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna juga perlu diberikan penerangan yang dapat memberikan pilihan dalam membuat keputusan. Selain itu, Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu atau kualiti dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan dan selayaknya. Misalnya, apabila seseorang pengguna membeli atau menggunakan sesuatu perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan si penjualnya dan tanggungjawab pengguna hanyalah memilih barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki serta membayar yang telah ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

5. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Misalnya, seseorang pengguna itu telah membeli sebuah television tetapi seminggu kemudian, televisionnya telah mengalami kerosakan, oleh itu pengguna itu berhak mendapatkan haknya sebagai pengguna dengan mendapatkan television yang baru mengantikan yang lama daripada si penjual.

6. Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi atau secara mudahnya pengguna tidak mendapat layanan Yang sewajarnya. Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Oleh itu, Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

28 comments:

  1. Anonymous11:34 PM

    baru saya tahu ini.

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:15 AM

    thanks sbb bnyk bntu dlam siapkan teks bahas sy

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:38 PM

    oowwh baru saya rahu

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:13 PM

    kalau kite beli baju secara online, n bile dpt, kite xpuas hati sbb xsecantik gmbr, bleh ke mtk refund?

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:29 AM

    Mohon share

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:08 AM

    dimana kami harus buat aduan..sekiranya pelajar diperdaya oleh ajen,pelajar dah tarik diri dr kolej..kemudian mahu mendapatkan wang yg dibayar kepada pihak kolej sebanyak rm1000...pihak kolej tidak mengembalikan duit itu...di mana boleh buat aduan ya...tolong saya.....bingung

    ReplyDelete
  7. Saya ingin bertanya kilang saya berkerja semasapilihan raya lepas pulau pinang diberi cuti umun tapi kilang saya tidak memberi cuti umum dan semalam pun tidak diberi cuti tolong berjawapan

    ReplyDelete
  8. Saya ingin bertanya kilang saya berkerja semasapilihan raya lepas pulau pinang diberi cuti umun tapi kilang saya tidak memberi cuti umum dan semalam pun tidak diberi cuti tolong berjawapan

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:27 PM

    Bagaimana dgn salon rwatan rmbut...packge setahun..tp bru pertma kali buat rawatn dh gatal satu kpala..dan sakit kpala..adakah saya layak utk dptkan blik wang..ini hari pertama saya mdpt rwatan..

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:24 PM

    Saya telah ditipu oleh kontrektor ubahsuai rumah yang tidak menepati janji,dan melewatkan-lewatkan kerja-kerja. Bayaran telah dibuat sepenuhnya tetapi kerja-kerja masih terbengkalai.

    ReplyDelete
  11. Anonymous7:10 PM

    nak bertanya pendapat..sekiranya kita beli rumah yang dalam pembinaan..dalam iklan dan semasa berurusan, dah banyak kali tanya wakil pemaju tu, tentang yuran guaman..dikatakan free..lepas dah settle loan dgn BPP,dan pemaju mendapat bayaran pertama 20%, mereka suruh bayar yuran guaman RM 2000++...macam mane ye..mula2 kata free, pastu minta pula..bingung,sakit hati..huhu

    ReplyDelete
  12. saya telah membeli handpond 5 bulan....yg lalu.handpond ada msalah..saya telah menghantar barang tu...untuk warinty pihak kedai.pada 28 oct 2013 tpi sehinga sekarang pihak kedai masih tdk tahu menahu tentang handpond saya..apa mesti saya buat....bantula saya utk menyelasai msala ini....

    ReplyDelete
  13. saya telah membeli handpond 5 bulan....yg lalu.handpond ada msalah..saya telah menghantar barang tu...untuk warinty pihak kedai.pada 28 oct 2013 tpi sehinga sekarang pihak kedai masih tdk tahu menahu tentang handpond saya..apa mesti saya buat....bantula saya utk menyelasai msala ini....

    ReplyDelete
  14. Salam,, saya nak tnya, kalau nak buat aduan untuk kerosakan barang, macamana? Benda 2 saya baru saja beli, pakai x sampai berapa jam, tapi masa beli 2 saya x ambik resit pembelian, camna nak buat?

    ReplyDelete
  15. dalam telur asin yang saya makan tadi ade ulat. kawasan kedai kotor. berbau dan lalat ganggu kami makan

    ReplyDelete
  16. Anonymous12:58 PM

    saya telah beli henpon secara online di facebook . saya telah bankin duit dalam acc penjual henpon tersebut pada bulan 2 sampai sekarang bulan 7 tak dapat sebarang tindakbalas daripada penjual tersebut . acc facebook saya juga sudah di block oleh penjual henpon tersebut ..

    ReplyDelete
  17. Anonymous10:51 PM

    saya ada baiki 1 power amp..
    setelah siap saya ambil dan bayar,,
    dirumah saya test power amp tersebut,,on sahaja power terus berapi(terbakar)
    saya pulangkan kembali kepada si pembaiki tersebut..
    tetapi dia tidak percaya dan tidak mahu mengaku kesilapan dia...sedang kan dia test sendiri depan mata dia sendiri pun mmg ada keluar api di power amp tersebut..
    Apakah tindakan yang boleh saya lakukan??

    ReplyDelete
  18. Anonymous6:55 AM

    Saya ada membeli blender heavy duty, jamina hanya 3bulan tapi pakai seminggu dah rosak, hantar balik kat penjual dia kata gear rosak kena oder barang tersebut dan syarikat tersebut kata kena bayar RM50.00 barang dalam tak ada jaminan, masa beli tak cakap pun tak ada jaminan, adakah saya berhak mendapatkan yang baru. barang tersebut masih dalam jaminan . apakah hak saya

    ReplyDelete
  19. Anonymous4:29 AM

    Saya mghntr keta ke bgkl Tmn,Mrdeka ,Melaka
    Sbb kt sna saya mnta pomen tu psgkn saja,brg2 smua dh dbli kn saya,, tp dh lbh 1thn x d sntuh pn,! Dsrh baiki tp d curi plk brg2 sya yg de d dlm keta?! Bolehka sya mmbuat aduan polis ats khilangan brg2 sya yg tlh hilang tu?? Pomen tu nama dy Ipin ?? Tlg bgtau sya cmne nk buat dgn pomen yg x tau aslusul, x knl bngsa & agama? Ikut hati mau sya mskkn dlm tong dram!! Minta jasa baik dr pihak pengguna untuk menolong sya dari maslah saya ini,!? TQVM..

    ReplyDelete
  20. Anonymous7:28 AM

    saya membeli sebuah smart phone..baru mengunakan hp tersebut 9 bulan..dan hp tersebut lcd tba2 blank..tetapi masih dalam warranty..jadi saya menghantar hp tersebut ke kedai tmpt saya beli untuk diperiksa apakah masalah hp saya..kerana warranty masih sah..setelah beberapa minggu menunggu..saya mendapat mesej dari peniaga menyatakan hp sudah di repair dan di nyatakan dengan harga tanpa minta persetujuan dr saya terlebih dahulu..apakah patut saya lakukan?dimanakah hak saya untuk memilih?adakah saya patut membayar harga repair yang dikenakan?

    ReplyDelete
  21. saya mengalami masalah jiran saya bela kucing dan najis nye dikumpulkan di belakang rumah..berdekatan dagmn blik saya..ini myebabkan peredaran udara kurang sihat..macam mne hendak sy lakukan..kerana jiran saya jenis keras kpala..

    ReplyDelete
  22. Masaallah Sangkut Dgn Hutang Pakat Dgn AKPK Dahulu Taip Google AKPK Ceti Haram Buat REport Dgn Polis Boleh Bantu Anda . Jgn Takut Report Polis .

    ReplyDelete
  23. Anonymous9:31 AM

    saya telah membeli sebuah television model panasonik 42inci,masaalah timbul setelah tamat waranti,,tempuh waranti 12bln tetapi rosak setelah 3bln dari tempuh waranti,,kini saya telah menghantar di kedai letrik tempat yang saya membelinya,,dia kata tempuh seminggu sahaja boleh baiki tetapi kini telah hampir 2bulan masih belum siap lagi, bila saya kekedainya dan bertanya dia kata spepart dalam t.v kena ganti dalam anggaran rm400.00 katanya. dia kata t.v saya dia hantar baiki di alor setar, dia tak bagitahu secara terperinci lokasi kedai yang dia hantar baiki pada saya, mungkin dia nak untung atas angin barangkali,,jadi katanya nak hubungi saya tapi sehingga saat ini pun masih tiada jawapan,,saya buntu memikirkan, apakah saya boleh menuntut sesuatu atau apa perlu saya lakukan,,sekian wasalam.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum..sy nk tanya..sy ada mengupah kontraktor utk mbina rumah sy tp bru 4 thun diam rumah tsebut sudah tidak selamat utk didiami kerana strukturnya bumbungnya tungguh masa nk roboh dan tidak selamat utk didiami..apa yg perlu sy buat.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Anonymous2:12 AM

    Y.HONG ENTERPRISE
    61,Laluan Rasi Jaya 4,
    Taman Rasi Jaya , Menglembu
    31450 Ipoh, Perak.
    Kedai ini Ade kegiatan menjual nombor empat ekor haram.

    ReplyDelete
  27. saya beli handbag di carousell khamis lepas..bank in duit..kemudian peniaga senyap..hp ditutup..rupanya ramai lagi terkena...bagaimana saya nak duit sy kembali?

    ReplyDelete
  28. jika nak mengadu tentang kolej swasta yg sediakan guru yg tak sesuai dengan budaya dan agak racist kat mana saya nk adu? tks

    ReplyDelete