.
E-Pengguna
Blog ini bukanlah blog sebuah badan organisasi NGO atau badan kerajaan. Sebaliknya, blog ini diwujudkan bertujuan menyebarkan dan menyalurkan maklumat-maklumat yang berguna berkaitan pengguna di Malaysia. Perbincangan dan pandangan amatlah digalakkan. Anda boleh memberikan pandangan anda menggunakan kotak komen mengikut artikel-artikel.
Anda Pelawat Ke
hit counter


http://i842.photobucket.com/albums/zz342/Akupc/e-penggunaphoto2.png IMAGE-2 IMAGE-3 IMAGE-4 IMAGE-5
------------------------------------------------------------------------------------

15 Tips Ketika Membeli-Belah

Masalah kenaikan harga barang seharusnya menyebabkan otak kita lebih kreatif atau lebih bijak ketika berbelanja. Kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak sedunia dan tekanan inflasi harus kita tangani terlebih dahulu dengan bertindak sendiri. 15 tips untuk anda membeli-belah.

1) Menyenaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.
2) Jangan membeli-belah ketika lapar kerana ianya mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.
3) Jangan membawa wang yang berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
4) Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus dan jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.
5) Beli barangan keperluan secukupnya kerana pembelian yang berlebihan menyebabkan pembaziran.
6) Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
7) Elakkan daripada membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.
8) Utamakan Barangan Buatan Malaysia dan berubahlah kepada produk generik.
9) Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.
10) Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.
11) Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
12) Gunakan wang tunai dan mengelakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
13) Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.
14) Pastikan barangan dalam berkeadaan baik seperti tin tidak kemek, plastik tidak terbuka dan kuantiti mancukupi.
15) Buatlah pilihan yang bijak dan ingatlah hak anda sebagai pengguna.

Menarik? Berkongsilah ;)
I'm reading: 15 Tips Ketika Membeli-BelahAdd To Yahoo Fav This With Technorati Stumble This Add To Del.icio.us Digg This Add To Facebook

Comments :

3 comments to “ 15 Tips Ketika Membeli-Belah ”
Anonymous said...
on  

terima kasih

Anonymous said...
on  

Macam mana nak report pasal gaji minimum ni.kat mana.

No NOKIA!! said...
on  

1 Malaysia... Disini saya ingin memaklumkan kepada sesiapa yang ingin membeli handphone berjenama Nokia hendaklah berfikir banyak kali kerana handphone Nokia lumia 1520 yang berharga RM2,100.00 telah rosak selepas 5 hari penggunaan terutamanya camera yang dikatakan canggih 20 mega pixel tetapi HAMPAS....tidak boleh fungsi. Handphone NOKIA ini dibeli pada 08/02/2014 di NOKIA Store dalam Aeon Big Seberang Perai dan di pulangkan pada 14/04/2014 tetapi TIDAK ditukar baru kerana lebih 7 hari. Jika dikirakan ianya baru 6 hari.., tetapi akan dihantar repair di NOKIA Perangin Mall. Setelah seminggu masih tiada berita tetapi diberikan alasan tunggu motherboard....pada hari ini 22/02/2014 masih tidak siap dengan alasan yang sama dan penjual NOKIA seberang Jaya tidak berani menyatakan bila akan siap. Hanya suruh tunggu seminggu lagi...adoh geram..oleh itu saya syorkan..kepada pengguna JANGAN beli handphone NOKIA..lebih baik beli blackberry atau iphone kerana after Service Lebih BAIK kerana walaupun lebih seminggu ... Handphone rosak diganti BARSalam 1 Malaysia... Disini saya ingin memaklumkan kepada sesiapa yang ingin membeli handphone berjenama Nokia hendaklah berfikir banyak kali kerana handphone Nokia lumia 1520 yang berharga RM2,100.00 telah rosak selepas 5 hari penggunaan terutamanya camera yang dikatakan canggih 20 mega pixel tetapi HAMPAS....tidak boleh fungsi. HandphonSalam 1 Malaysia... Disini saya ingin memaklumkan kepada sesiapa yang ingin membeli handphone berjenama Nokia hendaklah berfikir banyak kali kerana handphone Nokia lumia 1520 yang berharga RM2,100.00 telah rosak selepas 5 hari penggunaan terutamanya camera yang dikatakan canggih 20 mega pixel tetapi HAMPAS....tidak boleh fungsi. Handphone NOKIA ini dibeli pada 08/02/2014 di NOKIA Store dalam Aeon Big Seberang Perai dan di pulangkan pada 14/04/2014 tetapi TIDAK ditukar baru kerana lebih 7 hari. Jika dikirakan ianya baru 6 hari.., tetapi akan dihantar repair di NOKIA Perangin Mall. Setelah seminggu masih tiada berita tetapi diberikan alasan tunggu motherboard....pada hari ini 22/02/2014 masih tidak siap dengan alasan yang sama dan penjual NOKIA seberang Jaya tidak berani menyatakan bila akan siap. Hanya suruh tunggu seminggu lagi...adoh geram..oleh itu saya syorkan..kepada pengguna JANGAN beli handphone NOKIA..lebih baik beli blackberry atau iphone kerana after Service Lebih BAIK kerana walaupun lebih seminggu ... Handphone rosak diganti BARU dan tidak diperbaiki ... BOIKOT Handphone NOKIA.U dan tidak diperbaiki ... BOIKOT Handphone NOKIA.

Post a Comment