Monday, May 24, 2010

Hak Mendapat Keperluan Asas


Pengguna adalah berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan. Pengguna sering terkeliru mengenai keperluan asas dan kehendak. Apa itu keperluan asas dan apa pula itu kehendak? ikuti selanjutnya.

Keperluan  merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Mengikut teori Hierarki Maslow, keperluan dapat dibahagikan kepada 5 peringkat.


Manakala kehendak ialah keinginan dan kemahuan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai, manakala seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam membentuk kehendak seseorang.

5 comments:

  1. salam..izinkan saya menggunakan maklumat yg anda sediakan ini sbg ulgkaji tambahan saya utk final exam sy-subjek pengguna& kepenggunaan..terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:00 PM

    salam... halalkan saya guna rajah hierarki keperluan tu utk tesis saya nya

    ReplyDelete
  3. Salam, benarkan saya menggunakan gambarajah untuk tesis saya terima kasih :-)

    ReplyDelete
  4. Salam, benarkan saya menggunakan gambarajah untuk tesis saya terima kasih :-)

    ReplyDelete
  5. salam, halaikan maklumat yg sy ambil daripada sini ya.. =)

    ReplyDelete