Wednesday, May 19, 2010

Hak Untuk Menyuarakan Pendapat

Apakah tujuan utamanya? Tujuannya ialah bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan. Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda sangat tidak berpuas hati dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberi kepada anda? Lebih ramai mengatakan ya berbanding tidak iaitu tidak berpuas hati dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberi kepada mereka. Oleh itu adukan ketidakpuasan anda kepada pihak yang berkenaan, jadilah pengguna yang bijak.

Apakah Tips-tips membuat aduan?

Tips-tips membuat aduan :

1. Simpan semua maklumat pembelian di dalam fail.
2. Dapatkan bukti yang berkaitan.
3. Bertenang dan atur stategi yang berkesan.
4. Gunakan fakta dan statistik untuk membuktikan kesahihan aduan.
5. Tulis surat aduan yang ringkas dan padat.
6. Ikuti dan catat perkembangan aduan yang dilaporkan.
7. Gunakan media massa untuk membuat laporan aduan jika perlu.
8. Membuat aduan melalui agensi aduan kepenggunaan.

10 comments:

  1. Anonymous3:56 AM

    Saya tidak berpuashati dengan Pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Utara yang memaksa kakitangan bawahannya membeli kasut dengan harga RM300 dan perlu hantar resit serta tunjuk kasut tersebut. Bukankah ini kerja orang yang tak bersekolah. elaun tersebut memang hay kakitangan , mengapa perlu pertikaikan dan beri macam macam syarat. Dah tak de kerja lain ke?

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:03 PM

    Mengadu kat sini buat apa bukan boleh selesai masalah pun. disini bukan ruangan aduan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:00 AM

    sya nk komen sikit kenapa byk kedai hp menjual hp tiruan tetapi mngenakan harga yg original. saya membeli hp samsung galaxy w dan apa bila kawan sya mmberitahu cara memastikn hp original atau tidak dan mndapati ianya tiruan. jaga2 kedai hp di pasaraya the store banting selangor.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:31 PM

    Skrg ni Kalo Da kene tipu buta2. Xleh nak mara penipu... Hanya bole gelak kat kene tipu tu jelah

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:40 PM

    X guna pun Semua saluran Yg ade tuk menjamin hak pengguna.... Sbb pengguna bijak dia bukan senang dia tipu... Dan macam sy ni Kalo hak sy dikacau, mungkin dgn sendiri sy akan mendapatkan hak sy balik

    ReplyDelete
  6. Salam..boleh bantu saya untuk dapatkan maklumat samada kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) bagi mengeluarkan akaun 2 bagi meyelesaikan hutang pinjaman pelajaran dengan MARA. Sila bagi maklumat secepat mungkin. Terima Kasih

    ReplyDelete
  7. Salam 1 malaysia..sy nk buat aduan tntg harga brg menjual brg runcit di quarters kami terlalu mhl....
    sbg cnth: gula harga sebenar rm2.85 tp pekedai jual rm3
    minyak masak rm2.50 pekedai jual rm2.80...
    mohon pantauan dr pihak berwajib...terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Salam 1 malaysia..sy nk buat aduan tntg harga brg menjual brg runcit di quarters kami terlalu mhl....
    sbg cnth: gula harga sebenar rm2.85 tp pekedai jual rm3
    minyak masak rm2.50 pekedai jual rm2.80...
    mohon pantauan dr pihak berwajib...terima kasih..

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:32 AM

    ramai rakyat malaysia yang bermmasalah kat blog ni rupanya... admin buat blog ni untuk bagitau mengenai website aduan.. ada 11 website kat atas tu.. salurkanlah permasalahan anda semua di sana, bukannya kat blog ni.. kalau complaint di sini, tiada sebarang masalah dapat diselesaikan... tiada tindakan juga diambil bagi membantu anda semua. sila gunakan perkataan yang berhemah, jangan keluarkan kata2 kesat yang menunjukkan mentaliti dan diri anda sendiri yang tidak stabil. semoga penerangan ini dapat membantu

    ReplyDelete
  10. Salam..sy rasa dipermainkn dlm urusan pnjualan rmh sy oleh pembeli & pihak yg dilantik utk mnguruskannya..kpada siapa perlu rujuk pkara ini pd pndapat admin..

    ReplyDelete