Di kalangan masyarakat kita, tanggapan bahawa daging kambing tidak baik untuk kesihatan sudah mula diterap dalam minda sejak dahulu lagi. Ekoran daripada tanggapan ini, ramai yang tidak berfikir panjang untuk menolak apa jua hidangan daging kambing. Namun persoalannya sejauh mana kebenaran tanggapan tersebut?
Ramai daripada kita tidak tahu bahawa...
Wednesday, May 26, 2010
1) Senaraikan semua usaha ke arah pencapaian matlamat anda mengikut keutamaan. Kemudian, pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama.
2) Lekatkan poster, cogankata atau kata-kata yang menjelaskan matlamat anda itu di tempat-tempat yang...
Tuesday, May 25, 2010
Tips Oleh : Irfan Khairi
1) Tak Perlu Kopi dan Rokok!
Tip pertama ni mungkin ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk...
Monday, May 24, 2010
Pengguna adalah berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan. Pengguna sering terkeliru mengenai keperluan asas dan kehendak. Apa itu keperluan asas dan apa pula itu kehendak? ikuti selanjutnya.
Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal seperti makanan dan...
Wednesday, May 19, 2010
Masalah kenaikan harga barang seharusnya menyebabkan otak kita lebih kreatif atau lebih bijak ketika berbelanja. Kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak sedunia dan tekanan inflasi harus kita tangani terlebih dahulu dengan bertindak sendiri. 15 tips untuk anda membeli-belah.
1) Menyenaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli...
PERTUBUHAN KERAJAAN
1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui...
Apakah tujuan utamanya? Tujuannya ialah bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan. Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda sangat tidak berpuas hati dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberi kepada anda?...
Pengguna berhak diberi maklumat yang sepatutnya, mencukupi, benar dan tepat untuk memudahkan para pengguna membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang tidak benar, penipuan dan penyelewengan.Beberapa perkara telah dikenalpasti yang perlu diteliti oleh seseorang pengguna ketika...
Tuesday, May 18, 2010
Kebanyakan anda pasti pernah berdepan pengalaman pahit ketika berurusan dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, malah anda mungkin beranggapan ia sebahagian persetujuan 'senyap' dan tiada apa yang boleh dibuat bagi menghalang masalah sama berulang.
Sebagai contoh, ada ketika, anda dapati bil telefon diterima tidak tepat sama ada bil...
UMUMNYA semua pernah membeli aset seperti telefon bimbit, peti sejuk, perabot, kenderaan dan rumah. Ada pembelian itu memuaskan dan ada pula mengecewakan. Isunya ialah apakah yang anda boleh buat agar keputusan pembelian menjadi lebih baik dan tepat.
Pertama, anda perlu kenal pasti keperluan sebenar. Sebaik-baiknya ciri spesifikasi keperluan ini...
Maklum balas pengguna cegah kemalangan akibat kecuaian pengeluar
KAJIAN menunjukkan sekurang-kurangnya setengah daripada kecederaan berkaitan produk boleh dielakkan jika pengguna menggunakan produk dengan bertanggungjawab. Apakah yang pengguna boleh lakukan untuk memenuhi tanggungjawab ini?
Pengguna hendaklah:
1) Memeriksa ciri-ciri keselamatan...
Semua orang berkehendak memiliki kenderaan sendiri. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kemampuan kewangan sendiri sama ada membeli kenderaan baru ataupun yang terpakai. Tidak dinafikan bahawa membeli kenderaan baru amat menyeronokkan kerana bukan sahaja kita dapat menikmati pemanduan secara selesa malah dapat pergi ke sesuatu destinasi dengan...
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Pengguna dan pengeluar memiliki tanggungjawab masing-masing untuk memelihara...
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Sebelum membeli, pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan yang ditawarkan...
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.
Apakah Yang Harus Diperhatikan Bagi Mengetahui Tentang Keselamatan Produk
Perhatikan Label : Label MS pada peralatan elektrik
1) Adakah ia mempamerkan maklumat tentang standard keselamtan. Contohnya : tanda MS...
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran...
Kesedaran masyarakat terhadap Pendidikan Pengguna pada masa kini ditahap yang amat kritikal dan membimbangkan. Pendidikan Pengguna pada masa kini tidak lagi dianggap sebagai wadah utama kehidupan. Jika ditanya kepada warga tua berapakah jumlah hak pengguna untuk melihat sejauh mana kesedaran mereka, pasti dan ternyata ramai diantara mereka yang menggeleng...
Wednesday, May 12, 2010
Masih terdapat ramai penduduk yang tidak peka atau tahu mengenai hak masing-masing berhubung isu kepenggunaan berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan dalam negara. Kajian ke atas 5000 responden dan hasil kajian mendapati 42% pengguna tidak menegetahui hak mereka. Rata-rata penduduk tidak mengetahui akan hak masing-masing sekirangnya berlaku...
Monday, May 10, 2010
1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak atau layak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia yang semakin moden. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian yang sebaiknya, perumahan yang selesa, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya. Ini bermakna,...
Sunday, May 9, 2010
Ramai orang bertanya, siapa itu PENGGUNA. Pengguna diistilahkan setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya...