Friday, June 18, 2010

Makanan Halal yang diragui



Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan mengenai makanan halal yg dicampuri babi. Kes yang hangat diperkatakan sekarang ini ialah makanan yang halal seperti bebola ikan, kek ikan dan lain-lain yang dicampur aduk bersama makanan berasaskan daging babi. Walaupun begitu, pihak yang bertanggungjawab telah menyerbu kilang tersebut atas aduan para pengguna. Ini menyebabkan masyarakat mulai ragu akan makanan sama ada dikhuatiri dicampuri babi ataupun tidak. Oleh itu, gunakan kuasa anda sebagai pengguna jika berlaku sebarang keraguan yang timbul kepada makanan, barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Ikuti sisipan berita mengenai kes daging babi tersebut.

KL: JUN 11, 2010: Sebahagian besar pekerjanya memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila sebuah syarikat pengeluar makanan dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi. Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar.

Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.

Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah.

Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah.

“Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.

“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim.

“Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya.

Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi.
“Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.

Sumber itu berkata, percampuran produk halal dengan daging babi terbabit boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak dan tindakan pemilik kilang itu menyalahi peraturan dan garis panduan yang tertakluk dalam syarat pemberian Sijil Pengesahan Halal Jakim. “Malah, siasatan lanjut mendapati produk babi dan makanan halal termasuk mi dan kuetiau dicampurkan di dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum dihantar kepada pelanggan dan peruncit di Sungai Petani,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan ada kira-kira 15 pekerja termasuk pekerja warga asing Bangladesh memproses makanan berkenaan dan kebanyakannya memakai pakaian yang memaparkan logo halal. “Pekerja mereka pakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. Tindakan itu seolah-olah mempersenda Islam,” katanya.

Menurutnya, pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam. “Susulan itu, KPDNKK merampas lebih 20 peket bebola babi berkenaan untuk tindakan lanjut. Siasatan turut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi,” katanya.

(Sumber mStar online/AK)

3 comments:

  1. Kicap ABC, biskut BinBin, coklat Cadbury. Mcm2 dah cerita keluar sbb kata ada unsur babilah, cop halal x daftar dgn JAKIM lah, mcm2 lagilah. Sedangkan mandat halal dtg dari mana? Semuanya seragam dan Islam ajar benda yg sama pd pemegang2 mandat halal ni, jadi nape isu halal ni ada double standard? Sbb JAKIM x dpt royalti dr sykt2 ni ke sbb tu x dpt cop halal JAKIM? Jadi produk mcm MONAVIE, DCL, Pringles dan lain2 yg x dpt cop JAKIM tu kira haramlah terang2an? Jgnlah terpengaruh dgn citer2 ni sbb ada pihak yg sakit hati x dpt duit difitnahnya pihak lain dgn tujuan bangkrapkan bisnes org tu. Yg kita terpengaruh tanpa fakta terus setuju. Dosa dapat tp kita mcm tu gak xde progress. Lain kali dapatkan fakta sebelum sebar. Bukan nak gaduh tapi lebih baik elakkan fitnah dari terjerumus tanpa sedar. Insya'allah.

    ReplyDelete

  2. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
    ******************************
    1) Full Name:
    2) Gender:
    3) Loan Amount Needed:
    4) Loan Duration:
    5) Country:
    6) Home Address:
    7) Mobile Number:
    8) Fax Number:
    9) Occupation:
    10) Monthly Income:
    11) Salary Date:
    12) Purpose of loan:
    13) Where did you get our loan advertisement:
    mohanmendcompany01@gmail.com

    ReplyDelete
  3. When it comes to finding the best skin care dermatologist or skin doctor, you need to ask some questions to determine if they are the best choice for you. Of course, there are many different types of doctors out there. Learn more about treatment in hospital on online.

    ReplyDelete