.
E-Pengguna
Blog ini bukanlah blog sebuah badan organisasi NGO atau badan kerajaan. Sebaliknya, blog ini diwujudkan bertujuan menyebarkan dan menyalurkan maklumat-maklumat yang berguna berkaitan pengguna di Malaysia. Perbincangan dan pandangan amatlah digalakkan. Anda boleh memberikan pandangan anda menggunakan kotak komen mengikut artikel-artikel.
onexox prepaid jimat
Anda Pelawat Ke
hit counter


http://i842.photobucket.com/albums/zz342/Akupc/e-penggunaphoto2.png IMAGE-2 IMAGE-3 IMAGE-4 IMAGE-5
------------------------------------------------------------------------------------

Pertandingan Blog Kepenggunaan


Sempena Hari Pengguna Malaysia 2010, pelbagai pertandingan telah diadakan seperti menulis esei, membuat folio & buku skrap, mewarna, melukis kartun & poster dan banyak lagi. Pertandingan membuat blog kepenggunaan juga telah diadakan. Ini merupakan aktiviti yang sangat menarik untuk semua lapisan masyarakat dan semua pengguna bijak. Untuk pertandingan membuat blog kepenggunaan, berikut ialah syarat-syarat dan maklumat yang perlu diketahui oleh mereka yang berminat akan pertandingan ini.

PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN -
Terbuka kepada Sekolah Menengah/IPTA/Swasta/ Maktab/Kolej

Kategori A: Sekolah Menengah
Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej

TEMA : HAK PENGGUNA - Penggunaan tema hendaklah menyentuh 8 HAK PENGGUNA seperti :-

1. Hak untuk mendapat keperluan asas
2. Hak untuk mendapat keselamatan
3. Hak untuk mendapat maklumat
4. Hak untuk membuat pilihan
5. Hak untuk mendapat ganti rugi
6. Hak untuk menyuarakan pendapat
7. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.

Maklumat untuk membina blog, sila layari www.kkk.org.my, www.fomca.org.my, www.switch.org.my, www.standardsusers.org, www.nccc.org.my

Syarat pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej

1. Blog hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Sumber atau topik perbincangan boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
2. Peserta blog hendaklah memuatkan maklumat terkini mengenai isu-isu kepenggunaan
3. Blog mengambilkira kekerapan penyertaan/penglibatan daripada orang awam, kreativiti, menarik, penggunaan bahasa, jumlah pelawat dan kumpulan sasaran.
4. Peserta blog boleh menghantar alamat blog penyertaan melalui email kepada urusetia@mypengguna.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it bersama-sama borang penyertaan pertandingan. Penghantaran maklumat melalui pos juga diterima.
5. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010


Hadiah bagi pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej

Bagi Kategori A: Sekolah Menengah
1. Hadiah Pertama: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
2. Hadiah Kedua: RM: 1,000.00 dan sijil penyertaan
3. Hadiah Ketiga: RM 750.00 dan sijil penyertaan
4. 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan
 

Bagi Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej
1. Hadiah Pertama: RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
2. Hadiah Kedua: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
3. Hadiah Ketiga: RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
4. 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan

Menarik? Berkongsilah ;)
I'm reading: Pertandingan Blog KepenggunaanAdd To Yahoo Fav This With Technorati Stumble This Add To Del.icio.us Digg This Add To Facebook

Comments :

1
Anonymous said...
on  

boleh ke orang perseorangan menyertai pertandingan blog pengguna ni?

Post a Comment